Tuesday, 15 December 2015

TEKNIK-TEKNIK TEMUDUGA

1. Mulakan Persediaan Seawal Yang Mungkin

Syarikat-syarikat yang besar kebiasaannya akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk mengatur sesi temuduga syarikat tersebut. Perkara ini dilakukan mungkin dalam masa sebulan ataupun dua bulan sebelum. Oleh itu, dalam masa yang panjang tersebut, anda sepatutnya menggunakannya dengan seeloknya agar pada masa temuduga tersebut, anda sudah 100% bersedia. Pada masa itu, pastikan anda sudah bersedia dengan jawapan, soalan, pemakaian dan emosi yang terbaik!

Salah satu langkah pertama yang anda boleh ambil adalah melakukan kajian (research) ke atas butiran syarikat dan jawatan yang anda inginkan tersebut. Dapatkan sebanyak butiran yang anda boleh agar anda boleh membuktikan bahawa anda mempunyai tanggungjawab yang boleh mengambil alih jawatan tersebut. Jika jawatan tersebut kearah admin ataupun pengurus (manager), pastikan anda menyatakan bahawa anda memiliki nilai tanggungjawab dan boleh mengarah orang.

Anda juga digalakkan untuk mendapatkan butiran dan latar belakang penemu ramah anda (sekiranya boleh). Kebiasaanya, orang akan menggunakan LinkedIn untuk tujuan ini, namun rakyat Malaysia tidak menggunakan medium sosial tersebut. Oleh itu, jika anda boleh dapatkan Facebook mereka pun okay.

2. Dapatkan Bantuan Daripada Orang Lain

Jangan sesekali bersedia untuk temuduga secara bersendirian. Terdapat banyak sumber yang berguna yang boleh membantu anda sebelum temuduga. Berikut adalah 2 daripadanya:

i) Dapatkan Nasihat Pakar
Cuba rujuk pakar, mentor ataupun alumni daripada universiti anda untuk jawatan tersebut. Bercakap dengan mereka, dapatkan sedikit idea dan pandangan, mahupun cadangan yang boleh membantu anda.

ii) Dapatkan Kawan Menolong Anda
Cuba melakukan satu percubaan temuduga semasa anda, untuk membiasakan anda dengan suasana temuduga nanti. Anda juga boleh berkongsikan latar belakang dan kelebihan anda.

3. Senaraikan dan Berlatih Sekurang-kurangnya 3 Soalan

Teknik ini adalah untuk membuktikan bahawa anda betul-betul berminat dan tahu akan syarikat dan jawatan tersebut. Namun, janagn bertanyakan perkara/sesuatu yang boleh didapati dengan kajian yang mudah – ini boleh memberikan kesan yang buruk pula kepada anda, kerana mereka boleh menganggap anda tidak bersedia ataupun kurang mengetahui berkaitan dengan syarikat mereka.

Sebaliknya anda perlu menanyakan soalan yang agak spesifik dengan dengan syarikat ataupu jawatan tersebut.

Pada masa yang sama, anda perlu menunjukkan bahawa anda sangat berminat untuk bekerja di situ; katakan “Saya ingin mendapatkan peluang ini“. Kemudian, anda perlukan menyakinkan mereka dengan bertanyakan soalan kepada mereka.

Soalan-soalan anda perlu mempunyai beberapa perkara berikut:

i) Bertanyakan berkaitan dengan “peluang perkembangan” ataupun room for growth, dengan ini boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang komitmen. Betul, anda inginkan sesuatu jawatan, namun dengan satu jawatan tersebut boleh mengubah hala tuju sesuatu syarikat dalam jangka masa yang lama.

ii) Bertanyakan “dengan siapa saya akan berkerja” boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai skil sosial. “Saya berminat dengan orang yang banyak memberikan manfaat kepada syarikat”. Ini juga boleh membantu anda lulus temuduga tersebut.


4. Bersedia dengan Jawapan Kepada Soalan Umum

Tidak dinafikan bahawa temuduga mempunyai pelbagai kejutan, namun terdapat juga soalan-soalan yang anda boleh agak sebelum sesi temuduga lagi.

Ia macam sudah ada template soalan lazim yang ditanya semasa sesi temuduga, oleh itu anda seharusnya sudah bersedia dengan jawapan sekiranya ditanya nanti.

Sekiranya anda gagal menjawab seseuatu soalan yang boleh mengagumkan para panel, ia boleh memberikan kesan dan pandangan yang negatif kepada anda.

Oleh itu, bersedialah!

Berikut adalah 3 soalan lazim yang ditanya semasa temuduga:

i) Apakah kekuatan/kelebihan/kebolehan anda?

Contoh: guru ataupun admin memerlukan peraturan dan kaedah masing-masing, jadikan itu sebagai satu kekuatan anda. Bersedia dengan contoh-contoh yang konkrit.

ii) Apakah Kelemahan Anda?

Sebaiknya adalah anda menjadi jujur dan menyatakan kelemahan anda, dan sebagai tambahan strategi anda untuk mengatasi kelemahan tersebut. Jangan mengatakan “Saya tiada kelemahan” – ini mustahil dan para penemuduga akan mula timbul rasa tidak yakin kepada anda.

iii) Kenapa Anda Ingin Bekerja Di Syarikat Ini?

kenapa anda rasa anda sesuai dengan syarikat tersebut. Apakah matlamat pekerjaan anda? Apakah cabaran yang paling besar anda hadapi dan atasi?

No comments:

Post a Comment