SENI BELA DIRI
Seni
Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan
diri daripada serangan musuh. Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi
dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni Pertahanan Diri telah lama wujud
sejak berkurun abad dahulu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi satu amalan
setiap orang terutamanya kaum lelaki harus mempelajari dan mempunyai ilmu
pertahanan diri. Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan
diri yang berkembang hasil cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela
diri luar yang meresap masuk seterusnya menjadi budaya sesuatu kaum atau
masyarakat. Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni
tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur
tangan kosong Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini
Antaranya ialah Seni Persilatan Melayu, Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya.
Seni mempertahanan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah kaum perlu
dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai asas menyatupadukan
masyarakat di negara ini. Ini kerana seni mempertahanan diri bukan hanya
bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin malah melatih
pengamalnya memupuk semangat cintakan negara.
Sebanyak
2 jenis seni pertahanan diri telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan
iaitu:
a) Seni Persilatan Melayu
b) Silambam
No comments:
Post a Comment