Bahagian
1: Persediaan Untuk Belajar
Sebelum
anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana
untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.
1.
Mengatur Masa
Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya
dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa
jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan
berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam
peperiksaan.
Jumlah
jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda
sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains
ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya
munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.
Anda
perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan
kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu
utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara
komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.
Untuk
pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji
pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek
tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit,
anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).Ataupun
contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6
jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).
Walaubagaimanapun,
di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas
mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai
subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.
2.
Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri
Dapatkan
rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu
anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada
sesetengah tidak.
Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada
bahagian yang anda kurang.Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk
memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.
3.
Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Pastikan
dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang
mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat
besar kepada prestasi pembelajaran anda.
Hal
ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya.
Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada
mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!
Satu
kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi
mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur
dari segi ingatakan dan daya pemikiran.
Namun,
jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda
boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30
minit) sebelum mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk
mengelakkan daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda. Setelah
bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran. Pengambilan
kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.
4.
Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan
Jika
anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa,
anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu
tumpuan anda semasa belajar.
Oleh
itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan
ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu
anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.
Tidak
pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda
daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada
sebelah petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.
5.
Elakkan Gangguan Teknologi
Alatan
elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan
satu gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya, kerana semuanya
memberikan anda kebebasan untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menonton
video-video kucing yang lucu tanpa henti.
Jujurlah,
kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti Facebook,
Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Anda boleh block ataupun
menghalang komputer anda daripada mengakses laman-laman sesawang tersebut untuk
seketika. Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah
selesai, anda boleh menyambung bersosial – tiada masalah.
Jika
tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga ataupun
rakan untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit) seketika
anda mentelaah pelajaran.