Tuesday, 15 December 2015

SENI BELA DIRI

Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi satu amalan setiap orang terutamanya kaum lelaki harus mempelajari dan mempunyai ilmu pertahanan diri. Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan diri yang berkembang hasil cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk seterusnya menjadi budaya sesuatu kaum atau masyarakat. Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini Antaranya ialah Seni Persilatan Melayu, Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya. Seni mempertahanan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai asas menyatupadukan masyarakat di negara ini. Ini kerana seni mempertahanan diri bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin malah melatih pengamalnya memupuk semangat cintakan negara.

Sebanyak 2 jenis seni pertahanan diri telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan iaitu:

a)    Seni Persilatan Melayu


b)    Silambam
TEKNIK-TEKNIK TEMUDUGA

1. Mulakan Persediaan Seawal Yang Mungkin

Syarikat-syarikat yang besar kebiasaannya akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk mengatur sesi temuduga syarikat tersebut. Perkara ini dilakukan mungkin dalam masa sebulan ataupun dua bulan sebelum. Oleh itu, dalam masa yang panjang tersebut, anda sepatutnya menggunakannya dengan seeloknya agar pada masa temuduga tersebut, anda sudah 100% bersedia. Pada masa itu, pastikan anda sudah bersedia dengan jawapan, soalan, pemakaian dan emosi yang terbaik!

Salah satu langkah pertama yang anda boleh ambil adalah melakukan kajian (research) ke atas butiran syarikat dan jawatan yang anda inginkan tersebut. Dapatkan sebanyak butiran yang anda boleh agar anda boleh membuktikan bahawa anda mempunyai tanggungjawab yang boleh mengambil alih jawatan tersebut. Jika jawatan tersebut kearah admin ataupun pengurus (manager), pastikan anda menyatakan bahawa anda memiliki nilai tanggungjawab dan boleh mengarah orang.

Anda juga digalakkan untuk mendapatkan butiran dan latar belakang penemu ramah anda (sekiranya boleh). Kebiasaanya, orang akan menggunakan LinkedIn untuk tujuan ini, namun rakyat Malaysia tidak menggunakan medium sosial tersebut. Oleh itu, jika anda boleh dapatkan Facebook mereka pun okay.

2. Dapatkan Bantuan Daripada Orang Lain

Jangan sesekali bersedia untuk temuduga secara bersendirian. Terdapat banyak sumber yang berguna yang boleh membantu anda sebelum temuduga. Berikut adalah 2 daripadanya:

i) Dapatkan Nasihat Pakar
Cuba rujuk pakar, mentor ataupun alumni daripada universiti anda untuk jawatan tersebut. Bercakap dengan mereka, dapatkan sedikit idea dan pandangan, mahupun cadangan yang boleh membantu anda.

ii) Dapatkan Kawan Menolong Anda
Cuba melakukan satu percubaan temuduga semasa anda, untuk membiasakan anda dengan suasana temuduga nanti. Anda juga boleh berkongsikan latar belakang dan kelebihan anda.

3. Senaraikan dan Berlatih Sekurang-kurangnya 3 Soalan

Teknik ini adalah untuk membuktikan bahawa anda betul-betul berminat dan tahu akan syarikat dan jawatan tersebut. Namun, janagn bertanyakan perkara/sesuatu yang boleh didapati dengan kajian yang mudah – ini boleh memberikan kesan yang buruk pula kepada anda, kerana mereka boleh menganggap anda tidak bersedia ataupun kurang mengetahui berkaitan dengan syarikat mereka.

Sebaliknya anda perlu menanyakan soalan yang agak spesifik dengan dengan syarikat ataupu jawatan tersebut.

Pada masa yang sama, anda perlu menunjukkan bahawa anda sangat berminat untuk bekerja di situ; katakan “Saya ingin mendapatkan peluang ini“. Kemudian, anda perlukan menyakinkan mereka dengan bertanyakan soalan kepada mereka.

Soalan-soalan anda perlu mempunyai beberapa perkara berikut:

i) Bertanyakan berkaitan dengan “peluang perkembangan” ataupun room for growth, dengan ini boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang komitmen. Betul, anda inginkan sesuatu jawatan, namun dengan satu jawatan tersebut boleh mengubah hala tuju sesuatu syarikat dalam jangka masa yang lama.

ii) Bertanyakan “dengan siapa saya akan berkerja” boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai skil sosial. “Saya berminat dengan orang yang banyak memberikan manfaat kepada syarikat”. Ini juga boleh membantu anda lulus temuduga tersebut.


4. Bersedia dengan Jawapan Kepada Soalan Umum

Tidak dinafikan bahawa temuduga mempunyai pelbagai kejutan, namun terdapat juga soalan-soalan yang anda boleh agak sebelum sesi temuduga lagi.

Ia macam sudah ada template soalan lazim yang ditanya semasa sesi temuduga, oleh itu anda seharusnya sudah bersedia dengan jawapan sekiranya ditanya nanti.

Sekiranya anda gagal menjawab seseuatu soalan yang boleh mengagumkan para panel, ia boleh memberikan kesan dan pandangan yang negatif kepada anda.

Oleh itu, bersedialah!

Berikut adalah 3 soalan lazim yang ditanya semasa temuduga:

i) Apakah kekuatan/kelebihan/kebolehan anda?

Contoh: guru ataupun admin memerlukan peraturan dan kaedah masing-masing, jadikan itu sebagai satu kekuatan anda. Bersedia dengan contoh-contoh yang konkrit.

ii) Apakah Kelemahan Anda?

Sebaiknya adalah anda menjadi jujur dan menyatakan kelemahan anda, dan sebagai tambahan strategi anda untuk mengatasi kelemahan tersebut. Jangan mengatakan “Saya tiada kelemahan” – ini mustahil dan para penemuduga akan mula timbul rasa tidak yakin kepada anda.

iii) Kenapa Anda Ingin Bekerja Di Syarikat Ini?

kenapa anda rasa anda sesuai dengan syarikat tersebut. Apakah matlamat pekerjaan anda? Apakah cabaran yang paling besar anda hadapi dan atasi?
Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.

1. Mengatur Masa

    Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.

     Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.

     Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.

    Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6 jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).

     Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri

      Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada sesetengah tidak.

    Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada bahagian yang anda kurang.Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

    Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.

    Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!

    Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi ingatakan dan daya pemikiran.

    Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit) sebelum mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda. Setelah bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran. Pengambilan kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.

4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan

    Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar.

    Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.

    Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.

5. Elakkan Gangguan Teknologi

    Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan satu gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya, kerana semuanya memberikan anda kebebasan untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menonton video-video kucing yang lucu tanpa henti.

    Jujurlah, kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Anda boleh block ataupun menghalang komputer anda daripada mengakses laman-laman sesawang tersebut untuk seketika. Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah selesai, anda boleh menyambung bersosial – tiada masalah.


    Jika tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga ataupun rakan untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit) seketika anda mentelaah pelajaran.

REGANGAN DINAMIK DAN STATIK

      Satu rutin memanaskan badan yang betul adalah sangat penting untuk kesihatan dan prestasi atlet. Jika badan tidak bersedia secukupnya untuk melakukan sukan atau aktiviti yang akan datang, kecederaan adalah lebih kerap berlaku. Di samping itu, ia adalah mustahil untuk badan mencapai tahap maksimum keupayaannya tanpa memanaskan, otot fleksibel.

   Regangan statik adalah kaedah pilihan pra-aktiviti memanaskan badan, dan masih digunakan sehingga ke tahap yang besar. Regangan statik yang dilakukan dengan memegang selama 10 saat dan digunakan untuk meningkatkan panjang tisu lembut dan fleksibiliti otot tertentu. Bentuk regangan mempunyai kesan yang paling mendalam pada tisu tertentu yang dikenali sebagai kolagen. Kolagen adalah rangka kerja selular dijumpai di dalam otot, tendon kita, dan ligamen. Penyelidikan terkini telah mendapati bahawa terbentang statik mempunyai kesan saraf prestasi otot dan boleh mengurangkan kekuatan dalam kumpulan otot yang diregangkan sehingga satu jam. Kami percaya bahawa kelemahan ini disebabkan boleh menyumbang kepada peningkatan risiko kecederaan. Regangan statik masih mempunyai tempat, dan masih satu aspek penting dalam kesihatan keseluruhan seseorang atlet.regangan statik membantu mengurangkan kecederaan dengan memaksimumkan fleksibiliti dan meningkatkan biomekanik. Regangan statik adalah sangat berguna dan bermanfaat yang perlu dilakukan bukan sahaja selepas aktiviti, tetapi juga untuk meningkatkan dan mengekalkan panjang otot dan fleksibiliti.

  Baru-baru ini, bagaimanapun, terdapat lebih banyak program memanaskan badan yang menggunakan pendekatan yang dinamik.Senaman  Dinamic memanaskan badan lebih tertumpu kepada sistem saraf kompleks otot. Organ-organ ini tersembunyi jauh di dalam otot dan ukuran ketegangan otot untuk melindunginya daripada kecederaan. Sebagai contoh, lutut memecut ke hadapan semasa berlari dan ketegangan otot meningkat dengan pantas. tendon organ boleh merangsang pengecutan otot pelindung / refleksif pada masa regangan / pecutan persat, mekanisme ini telah menjadi teori mekanisme ketegangan otot. Dynamic pemanas badan boleh memberi kesan kelembapan di kompleks ini tendon Golgi, menjadikan mereka kurang reaktif semasa tahap aktiviti normal, dan tanpa mengurangkan kekuatan seperti yang dinyatakan dalam regangan statik. Regangan Dynamic pemanas badan boleh meningkatkan fleksibiliti otot untuk jangka pendek melalui sistem saraf dan berpotensi mengurangkan kecederaan walaupun mengurangkan pengecutan otot refleksif.
aktiviti dinamik yang sesuai untuk komponen pra-aktiviti dan sukan memanaskan badan. Terdapat juga kajian terkini mengenai kesan pemanasan badan secara dinamik  badan khusus untuk aktiviti bola sepak. Artikel-artikel penyelidikan telah mendapati bahawa pemanasan badan secara dinamik boleh meningkatkan prestasi dalam bidang seperti sprinting, menggelecek dengan memotong, menendang kuasa melalui peningkatan pelbagai hip gerakan, dan kelajuan menendang. Walaupun regangan statik didapati menjejaskan prestasi aktiviti-aktiviti yang sama.